Kira-kira 100 peserta sertai sesi Masterclass 2 bersama pengurusan YAPEIM

2 Oktober 2024 – Kira-kira 100 peserta menyertai sesi Masterclass 2 : Peluang Eksklusif: Temui YAPEIM “Peluang Kolaborasi dan Sokongan Pembangunan IKS” di Hotel Putrajaya Marriott, Putrajaya, pagi ini.

Sesi dikelola Pengurusan Utama YAPEIM iaitu Ketua Divisyen Sumber Dana Puan Parihah binti Hasan, Ketua Divisyen Pengagihan Puan Hajah Sharina binti Ramli dan Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim.

Pengusaha produk perencah masakan jenama Shanz Puan Yusniza bin Abdullah turut dijemput berkongsi pengalaman beliau selaku usahawan YAPEIM yang berjaya mengeluarkan dirinya dan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Katanya, beliau sebelum ini merupakan asnaf dan hanya mempunyai pendapatan cukup makan bersama suami sebelum dibantu menerusi pelbagai bantuan oleh YAPEIM termasuk pembinaan bengkel perusahaan melalui Program Sinar Lestari.

Sementara itu, Puan Parihah memaklumkan melalui sumbangan infak orang ramai dan syarikat korporat kepada Tabung Amanah YAPEIM membolehkan banyak individu yang memerlukan dibantu hasil dana terkumpul itu.

Loading