Kontinjen YAPEIM sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan

17 September 2024 – Seramai 20 warga kerja YAPEIM menyertai kontinjen perbarisan dan perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024 Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah pagi ini.

Perbarisan bermula seawal jam 7.30 pagi dengan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW serta taklimat dan ucapan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail.

Majlis yang disertai 25 kontinjen itu kemudian diteruskan dengan sesi perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar telah diangkat sebagai penerima Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul SAW 1446H/2024 Peringkat Wilayah Persekutuan yang disampaikan YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im.

Loading