3 Ogos 2024 – Seramai 1,151 anggota Koperasi YaPEIM Berhad bermesyuarat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-28 di Dewan Perdana Mestika, Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi ini.
Mesyuarat turut dilangsungkan serentak seluruh negara menggunakan aplikasi video ‘Zoom’ yang ditayangkan secara langsung di dalam dewan.
Mesyuarat dihadiri dan dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Awang@Musran bin Tawil. Hadir sama wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Encik Arif Aiman bin Nordin, pengurusan utama YaPEIM dan pengurusan Koperasi YaPEIM Berhad.
Terlebih dahulu sesi dimulakan dengan taklimat produk disampai wakil Etiqa Family Takaful Berhad serta seminar motivasi yang dikendali penceramah Ustaz Mohd Naim bin Mohd Noor.
Mesyuarat berakhir kira-kira 1 tengah hari selepas semua agenda berjaya dibentang dan diluluskan.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh Anggota Lembaga KYB Sesi 2023/2024 yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah untuk Anggota Lembaga KYB sesi 2024/2025 yang telah dilantik.