22 Januari 2025 – YAPEIM menyalurkan bantuan berjumlah RM7,200 kepada tiga orang anak yatim kematian bapa akibat kemalangan maut di bawah Program Sinar Kasih. Mereka akan menerima bantuan RM200 sebulan setiap seorang selama setahun.
Masih terngiang-ngiang kata-kata, “Jumpa lagi, emak,” sambil melambai tangan kepada ibunya. Itulah lambaian terakhir Muhamad Khairi bin Abd. Khadir, 37, kepada ibunya, Puan Alya Ayob Ibrahim, 69, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pokok Tampang, Tasek Gelugor, tahun lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Nur Farhana Ibrahim, 39, serta tiga orang cahaya mata, Dhia Zara Alisya, 12, Dhia Airis Sofia, 11, dan Ahmad Lutfi, 8.
Sumbangan disampaikan Pengurus YAPEIM Negeri Pulau Pinang, En. Haslizol Abu Hassan kepada Puan Nur Farhana di rumahnya di Kampung Padang Menora, Tasek Gelugor.
Pihak YAPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YAPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YAPEIM.
Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN002