20 Januari 2025 (Isnin) – Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM (LPA), Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri (PPYN) Kedah & Perlis.
Kedatangan Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim telah disambut oleh Encik Mohd Fauzi bin Adnan, Pengurus YAPEIM Wilayah Utara, Puan Nor Syarfirah binti Samsuri Pengurus Negeri Kedah & Perlis dan kakitangan PPYN.
Sesi dimulakan dengan melawat cawangan Ar Rahnu YAPEIM Sungai Petani, YAPEIM Gold Sungai Petani dan seterusnya sesi interaksi bersama semua kakitangan di PPYN Kedah & Perlis.
Diakhir sesi pertemuan santai, Tuan Pengerusi LPA mengambil peluang memberi amanat dan bimbingan kepada warga kerja PPYN Kedah & Perlis bagi bersama-sama meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja di YAPEIM.






