Sambutan Aidilfitri YaPEIM diteruskan lagi dengan menyantuni asnaf miskin/fakir kotaraya yang dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan (PJJ).
Hampir 300 orang termasuk anak-anak jalanan dan gelandangan hadir dan disantuni.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed. Turut bersama, Abbe Hae dari PJJ serta beberapa pegawai YaPEIM.
Pelbagai menu dan juadah hari raya dihidangkan dan antara juadah yang unik ialah lemang periuk kera selain rendang ayam pencen, nasi impit, mee sup dan aneka air balang.
Menambah lagi keceriaan mereka apabila YaPEIM juga turut menyantuni mereka dengan sumbangan duit raya.
Rata-rata yang hadir bersyukur dan berterima kasih atas penganjuran majlis Aidilfitri dengan juadah dan sumbangan yang diterima.