Mesyuarat LPA YAPEIM di ibu pejabat baharu

27 Ogos 2024 – Buat pertama kali mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) diadakan di Ibu Pejabat yang baharu.

Ibu Pejabat baharu di Ochre@Alamanda, Putrajaya, yang masih dalam proses pengubahsuaian ini dijangka bermula beroperasi pada bulan Disember ini.

Mesyuarat yang diadakan semalam dipengerusikan Pengerusi LPA YAPEIM Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus dan turut dihadiri kesemua sembilan lagi ahli LPA.

Beberapa agenda telah dibincang dan diputuskan di mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed.

Semua ahli LPA dan pengurusan YAPEIM turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Tuan Haji Ir. Shatiri bin Mansor yang baru dilantik sebagai ahli LPA YAPEIM.

Loading