10 Februari 2055 – Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim mengadakan lawatan ke cawangan Ar Rahnu YAPEIM Samarahan dan beramah mesra dengan petugas di cawangan berkenaan, hari ini.
Tuan Abdul Khudus turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed, Pengerusi Koperasi YAPEIM Berhad Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim dan Pengurus Besar Koperasi YAPEIM Berhad Encik Mohamad Fozi bin Tunggal.
Lawatan antara lain bagi melihat perjalanan operasi dan pentadbiran Ar Rahnu YAPEIM secara lebih dekat.
Tuan Abdul Khudus sempat berkongsi beberapa amanat dan pandangan selain mendengar sendiri perjalanan pentadbiran cawangan daripada kakitangan bertugas.





