Program Pembersihan Pasca Banjir Bersama Skuad Musa’adah Al Falah Madani

Hulu Terengganu,  05 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Terengganu telah terlibat dalam misi pembersihan pasca banjir bersama Skuad Musa’adah Al-Falah Madani bersama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam misi ini, pihak YAPEIM bersama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membantu misi membersihkan di beberapa lokasi antaranya di Masjid Lubuk Periuk, Masjid Pengkalan Ajal, SK Lubuk Periuk dan juga rumah penduduk yang terjejas banjir di sekitar Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu.

Penduduk yang terlibat amat gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan bantuan yang disalurkan kepada keluarga mangsa banjir. Mereka merasakan agensi-agensi yang hadir amat mengambil berat tentang musibah yang dihadapi oleh mereka. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan segala ibadah yang dikerjakan diterima Allah SWT.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YAPEIM yang sentiasa komited dalam menginfakkan sebahagian daripada gaji mereka untuk membantu insan yang memerlukan.