Kuantan, 10 Februari 2025 – YAPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Pahang telah melaksanakan Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM dengan mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Tifoid di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan (Masjid Bukit Rangin) Kuantan, Pahang.
Seramai 50 orang usahawan menyertai kursus ini yang dilaksanakan secara 2 sesi iaitu pagi dan petang. Taklimat kursus telah disampaikan oleh Puan Hafizah bin Saad daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan MF Solid Trading.
Serahan sijil penyertaan disampaikan oleh Puan Nor Azizah Ibrahim, Ketua Seksyen Pembangunan Usahawan YAPEIM bagi kursus sesi pagi dan Puan Nor Khalilah Hanim binti Hamid, Pengurus Negeri YAPEIM Pahang bagi sesi petang.
Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YAPEIM yang sentiasa komited dalam menginfakkan sebahagian daripada gaji mereka untuk membantu insan yang memerlukan.
Sumbangan kepada Tabung Amanah YAPEIM boleh dibuat melalui:-
Maybank Islamic: 5640 1610 3182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)
Anda juga boleh berinfak menerusi pautan berikut :
https://qaseh.yapeim.my/senarai-kempen
Sumbangan bulanan melalui direct debit serendah RM10 :
https://infaqpay.my/go/yapeim





