Rumah Hijau diumum juara keseluruhan dalam Kejohanan Futsal dan Bola Jaring YAPEIM 2024 anjuran Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YAPEIM (KeSSKY) yang berlangsung semalam di Arena Sukan Kuala Lumpur.
Kejuaraan Rumah Hijau yang dinobat juara keseluruhan sukar digugat selepas muncul juara bagi kedua-dua acara Futsal dan Bola Jaring.
Kejohanan ini turut menyaksikan Saudara Mohd Fakhrul Alif bin Ahmad Zulkifli dinobat pemain terbaik, manakala Saudara Muhammad Aidiel bin Norismadi muncul penjaring terbanyak dan Saudara Hajrun Hidayat bin Ismail diumum penjaga gol terbaik bagi acara Futsal.
Bagi acara Bola Jaring pula Saudari Nabilah binti Abas diumum pemain terbaik, manakala Saudari Najwa binti Aiasa sebagai penjaring terbanyak dan Saudari Munirah binti Mohammad Zubir dinobat pertahanan terbaik.
Hadiah disampaikan Ketua Divisyen Undang-Undang dan Kesetiausahaan, Puan Siti Salwa binti Mawardee.