Kuala Lumpur, 13 Oktober – Seramai 124 pelajar dari Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS), di sini lega apabila menerima bantuan makanan Ready To Eat (RTE) pada Program Foodbank YaPEIM 2.0, semalam.
Bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada kali ini mengambil kira kekangan serta kesulitan yang dihadapi pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sumbangan diberikan adalah makanan yang sedia untuk dimakan kepada semua pelajar yang telah dikenalpasti.Sumbangan telah diserahkan oleh Pegawai Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada semua pelajar.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penerima.
Terima Kasih Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.