YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah menyampaikan 55 set bakul makanan kepada penduduk di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini. Jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM5,500.
Serahan bakul makanan disampaikan oleh Mej. Jen. Datuk Malek Razak bin Sulaiman, Panglima 5 Divisyen dan Brig. Jen. Hashim bin Osman, Panglima Briged Ke-13 Infranti Malaysia bersama wakil YaPEIM semasa Program Jiwa Murni 5 Divisyen bersama penduduk kampung Tambisan, Lahad Datu.
Sumbangan ini merupakan salah satu peruntukan di bawah Program Inspirasi Komuniti Lestari: Sumbangan Institusi.
Pada majlis ini juga diadakan perlawanan persahabatan sukan bola tampar antara penduduk kampung dan Panglima 5 Divisyen.
Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana melalui sumbangan yang diterima dapatlah YaPEIM melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat termasuk program ini.
________________________________________________________________________________________________________________
Sumbangan kepada Tabung Amanah YaPEIM boleh dibuat melalui:-
Maybank Islamic: 5640 1610 3182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)
Anda juga boleh berinfak menerusi pautan berikut :
https://qaseh.yapeim.my/senarai-kempen
Sumbangan bulanan melalui Direct Debit serendah RM10 :



