Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pemenang-pemenang Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 Tahun 2024.

Kategori Tilawah Al-Quran (Qari)

Johan: Encik Muhammad Husaini bin Mahmur dari Malaysia

Kategori Tilawah Al-Quran (Qariah)

Johan: Puan Nor Hidayah binti Abdul Rahman dari Malaysia

Kategori Hafazan Al-Quran (Hafiz)

Johan: Oubaydoullah Boubacar Ango dari Niger

Kategori Hafazan Al-Quran (Hafizah)

Johan: Habsatou Hamissou Boubacar dari Niger

Johan bagi Kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran, masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 daripada kerajaan berserta barang kemas 916 seberat 20g dan dua keping dinar emas 999 bernilai RM12,000 sumbangan YAPEIM selain menerima hadiah iringan dan sijil.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang dalam kategori tilawah dan hafazan di Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 Tahun 1446 Hijri bersamaan 2024 Masihi yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

MTHQA ke-64 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menampilkan 92 peserta dari 71 negara yang terdiri daripada 53 peserta tilawah dan 39 hafazan melabuhkan tirai malam ini selepas berlangsung selama lapan hari bermula 5 Oktober lepas.

Loading