Terima Kasih menjayakan FSY 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Bagi pihak jawatankuasa penganjur FSY2024, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anda kerana telah menyertai kami di FSY2024. Kehadiran dan penyertaan anda telah memberi impak yang besar dan menyumbang kepada kejayaan Forum ini.

Untuk membantu kami menganjurkan forum yang lebih berkualiti dan mempunyai nilai tambah pada masa akan datang, kami ingin mendengar pandangan anda dan memohon anda meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang penilaian kami:

Versi Bahasa Melayu https://forms.gle/Bg78NYjocjWnLPmU9 atau

Versi Bahasa Inggeris https://forms.gle/Wy5LopLgbBEdHeR19

Maklum balas anda sangat berharga bagi kami!

Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian daripada delegasi FSY2024. Semoga kita dapat bertemu lagi di forum/program YAPEIM akan datang!

Salam hormat,

Pengerusi,
Jawatankuasa Penganjur FSY2024

Loading