22 Julai 2024 – Warga kerja ibu pejabat YaPEIM di Petaling Jaya hari ini tidak melepaskan peluang menderma darah sempena Ulang Tahun YaPEIM ke-40.
Program anjuran Seksyen Sumber Daya Insani dengan kerjasama Koperasi Santun Berhad turut membuka reruai pemeriksaan kesihatan, fisio terapi, khidmat cucian emas dan juga jualan ubat-ubatan serta keperluan kesihatan.
Program yang bermula dari 10 pagi dan berakhir pada 4 petang itu menyasarkan lebih 50 individu untuk menderma darah yang akan disumbang kepada Tabung Darah Negara.
Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada pesakit-pesakit yang memerlukan darah yang diderma itu.





