YaPEIM adakan kunjung hormat ke MRTCORP

16 Ogos 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengadakan kunjungan hormat ke atas MRTCORP petang ini bagi membincang ruang untuk berkolaborasi.

Delegasi YaPEIM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarahnya Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed manakala MRTCORP diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya YBhg. Datuk Mohd Zarif Hashim.

Turut hadir dari YaPEIM Ketua Divisyen Sumber Dana Puan Parihah Hasan, Ketua Seksyen Sumber Dana Korporat YM Tengku Idzmul Aziim bin Tengku Alang dan Ketua Seksyen Sumber Dana Runcit Encik Mohd Idham bin Mohamed Yunus.

Kunjung hormat ke MRTCORP membincangkan ruang kolaborasi bagi program-program berkaitan pendidikan, kemasyarakatan dan keusahawanan.

Loading