YAPEIM anjur TOT, latih peserta bimbing usahawan

17 Disember 2024 – Seramai 30 peserta dalam kalangan warga kerja Divisyen Pembangunan Sosioekonomi (DPS) dan Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri (PPYN) menghadiri ‘Training of Trainers’ (TOT) di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, bermula hari ini sehingga Khamis.

TOT tiga hari yang dianjurkan ini bertujuan melatih peserta supaya mampu mengurus dan memantau prestasi usahawan di bawah kelolaan mereka dan melatih peserta supaya boleh membimbing usahawan YAPEIM untuk mengurus perniagaan mereka berkembang ke skala yang lebih baik 

TOT yang dikendalikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu juga merupakan kesinambungan daripada Bengkel Pembangunan Pemetaan Profil Komuniti Usahawan yang dikendalikan oleh UMK pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed hadir menyempurnakan majlis berkenaan.

Turut hadir, Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim dan Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPek) UMK Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail.