Dungun, 26 Oktober 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah keseluruhan RM55,000 untuk membantu 275 pelajar mangsa banjir yang telah dikenal pasti di Daerah Dungun.
Penyerahan bantuan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal melibatkan 157 orang pelajar yang terjejas banjir daripada 5 buah sekolah menerima bantuan kelengkapan sekolah dan tunai berjumlah RM15,700 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan dihadiri oleh Tuan Kamsah @ Kamal Mohamed, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan & Pengurusan.
Turut hadir iaitu Encik Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh, Pengurus Wilayah Timur YAPEIM, Encik Shamsul Bahri Shafie, Timbalan PPD Dungun, Tuan Haji Andera Che Hussin, YDP PIBG SMK Kuala Jengal dan Pengetua serta Guru Besar bagi sekolah-sekolah yang terlibat.
Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN010