Kelantan, 28 Disember 2024 – YAPEIM dan Karyawan Malaysia telah turun padang bagi menyantuni mangsa banjir di tiga lokasi yang melibatkan dua daerah selama tiga hari misi bantuan ini berlangsung.
Antara lokasi yang menjadi perhatian bagi menjayakan misi bantuan banjir ini adalah di SK Rantau Panjang 2 di Pasir Mas, Hospital Tumpat dan SK Pulau Beluru, Tumpat, Kelantan.
Sebanyak 300 buah keluarga telah disantuni oleh pihak YAPEIM dan Karyawan Malaysia dengan sumbangan barang kelengkapan sekolah dan set bakul makanan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.00
Program yang berlangsung selama tiga hari itu disempurnakan oleh Presiden Karyawan Malaysia, Dato Freddie Fernandes disaksikan oleh Pengurus YAPEIM Wilayah Timur, Encik Nik Mohd Nurul Ihsan bin Salleh. Misi bantuan banjir ini telah diketuai oleh Timbalan Presiden Karyawan Malaysia, Encik Radhi Khalid bersama beberapa selebriti tempatan. Turut hadir menyempurnakan majlis adalah wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pengarah Hospital Tumpat, wakil IPD Tumpat serta Guru Besar di sekolah-sekolah yang teribat.
Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YAPEIM yang senantiasa komited dalam menginfakkan sebahagian daripada gaji mereka untuk membantu insan yang memerlukan.