YAPEIM dan PNB Bantu Pelajar Mangsa Banjir di Besut

Besut, 6 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM12,600 kepada 77 orang murid yang terjejas akibat musibah banjir dari Sekolah Kebangsaan (SK) Apal seramai 28 orang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Peroi seramai 49 orang.

Penyerahan bantuan yang diadakan di dewan sekolah masing-masing melibatkan sumbangan tunai sebanyak RM100 dan set Foodbank bernilai RM100 bagi murid di SK Alor Peroi, manakala murid di SK Apal menerima sumbangan tunai sebanyak RM100.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban keluarga murid yang terkesan akibat musibah banjir pada akhir tahun lepas khususnya daripada golongan kurang berkemampuan, asnaf, anak yatim dan keluarga B40.

Turut hadir Pengurus YAPEIM Negeri Terengganu, Puan Kartina binti Ahmad dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Encik Mohd Faizul bin Omar.

Sementara itu, Guru Besar SK Apal dan SK Alor Peroi merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada YAPEIM dan PNB atas keprihatinan serta kesudian menghulurkan sumbangan kepada murid-murid yang terlibat dengan musibah banjir.

Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN009