YaPEIM, DDEC bincang kerjasama strategik yang boleh diteroka

19 Julai 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) pagi ini mengadakan perbincangan awal bagi menjalin kerjasama strategik.

Perkara itu dibincang ketika Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed menerima kunjung hormat delegasi DDEC ke ibu pejabat YaPEIM di Petaling Jaya pagi ini.

Antara peluang kerjasama yang boleh diteroka termasuklah pembangunan usahawan, penganjuran latihan secara bersama dan pemasaran produk secara lebih efisien.

Delegasi DDEC diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya YM Raja Muzafar bin Raja Hassan; Pengarah Pembangunan Perniagaan Puan Hairul Azrien binti Baharudin; Pengarah Reka Bentuk Dalaman Encik Aimijar bin Jamal; Ketua Unit Projek Khas Cik Haznira bin Abdul Rahman dan Pegawai Kanan Pembangunan Perniagaan Encik Ahmad Taufik bin Razani.

Sesi perbincangan turut disertai wakil YaPEIM Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim.

Semoga kunjung hormat ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam menjalinkan kerjasama pada masa hadapan.