YAPEIM Dengan Kerjasama Bursa Malaysia Santuni Mangsa Banjir Daerah Marang

Marang, 25 Januari 2025 – YAPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Terengganu telah bekerjasama dengan Pejabat Daerah Marang dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang bagi menyantuni mangsa banjir yang terjejas di Daerah Marang, Terengganu.

Hasil kerjasama dengan Bursa Malaysia, YAPEIM telah mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 250 orang penerima yang bernilai RM100 setiap orang dengan jumlah keseluruhan RM25,000.

Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Timbalan Sektor Pembangunan Bakat Murid, En. Saidi bin Salleh di Dewan Sekolah Kebangsaan Seberang Marang yang melibatkan 119 orang dari 4 buah Pusat Pemindahan Sementara dan 131 orang dari 13 buah sekolah di Daerah Marang.

Semoga sumbangan yang diberi dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut : 

https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN010