Rantau Panjang, 12 Mac 2025 – YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menyantuni mangsa banjir bertempat di Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh.
Seramai 138 orang mangsa banjir menerima sumbangan tunai sebanyak RM200. Jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan adalah sebanyak RM27,600.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Encik Mazlan bin Yaacob serta Pegawai KPP HEM Encik Mohd Zuki bin Abu Lipah.
Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN010





