Rantau Panjang, 28 Oktober 2024 – YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menyantuni seramai 53 orang pelajar mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Periok.
Seramai 53 orang pelajar mangsa banjir telah menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah bernilai RM 100 dan juga wang tunai sebanyak RM100 bagi setiap pelajar. Jumlah sumbangan yang diagihkan adalah RM10,600.00.
Menurut Guru Besar En. Ab Hadi Bin Sulaiman, penerima tersebut merupakan golongan asnaf yang terjejas akibat banjir dan layak menerima bantuan.
Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN010