YAPEIM berbesar hati menjadi sebahagian daripada Karnival Wanita MADANI 2025 yang berlangsung meriah di Putrajaya pada 26 Februari. Lebih 500 wanita dari pelbagai latar belakang hadir bagi memperkasa diri dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan.
Dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, beliau menekankan peranan penting wanita sebagai tonggak keluarga dan inspirasi generasi masa depan.
Membawa tema ‘Wanita Madani: Tonggak Keunggulan Keluarga dan Pencetus Generasi Gemilang’ program ini merupakan satu inisiatif bagi memperkasa wanita Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan, sejajar dengan konsep Madani yang menekankan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan untuk semua.
Selain itu, Pengarah/Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi YAPEIM, Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim turut berkongsi input berkaitan “Peranan YAPEIM Melatih Dan Membimbing Usahawan Wanita Nano Dan Mikro” menerusi Slot Wanita Inspirasi YAPEIM.
YAPEIM juga membuka reruai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan menarik antaranya pendaftaran Rakan Strategik Infaq (RSI) dan Akaun Emas Digital YAPEIM (SERY), jualan produk emas YAPEIM Gold serta perkhidmatan cuci emas secara percuma.
Karnival ini dijayakan YADIM menerusi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, YAPEIM dan KASIH MALAYSIA.









