BANTING – 16 JUN 2020, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) hadir menyantuni mangsa kemalangan, En Mohammad Norezwa Salamun, 32, yang terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa pulang dari tempat kerja.
Sumbangan berupa barangan keperluan harian serta wang tunai diberikan sebagai tanda keprihatinan pihak YaPEIM kepada keluarga mangsa.
Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Pn Parihah Hasan serta Pengurusan Utama YaPEIM.
Isteri mangsa, Pn Noraqilah Roslan, 26, mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada pihak YaPEIM di atas sumbangan yang diberikan.
Beliau terpaksa berhenti kerja di kedai emas untuk menjaga mangsa. Mereka dikurniakan dua orang anak berusia 3 dan 1 tahun.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga.
Terima kasih kepada para penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.