9 Disember 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah dijemput untuk menjadi rakan kerjasama bagi program memperkasa usahawan kotej halal Negeri Sembilan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Justeru bentuk kerjasama pertama yang dianjurkan tiga agensi ini adalah dengan menganjurkan Majlis Apresiasi Program Komuniti @ Uni Madani & Penyerahan Sijil Halal Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort, di sini hari ini.
Majlis disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan YBhg. Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Ab Kadir.
Turut hadir Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan&Inovasi) USIM YBhg. Prof Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor.
Dalam masa sama, YAPEIM turut membuka reruai khidmat cucian emas dan Rakan Strategik Infak dalam program berkenaan.