YAPEIM Santuni Calon SPM Daerah Maran Pahang

Bandar Jengka, 5 September 2024 – YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri Pahang telah menyantuni peserta Bengkel Kilauan Permata Strategi Menjawab Soalan SPM Daerah Maran yang berlangsung di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini. Seramai 268 peserta terdiri daripada calon SPM 2024 Daerah Maran mengikuti program ini yang berlangsung selama satu hari.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Maran, En. Ariffin bin Hj Ab. Rahman serta Pengetua Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Tn Hj Azmy Murad bin Mohamed Yatim.

Semasa bengkel berlangsung turut diadakan gimik serahan Modul Inspirasi Pendidikan YAPEIM Bahasa Melayu & Sejarah yang disempurnakan oleh Puan Nor Khalilah Hanim Binti Hamid selaku Pengurus YAPEIM Pahang.

Pegawai Pendidikan Daerah Maran dalam ucapan beliau menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran atas penglibatan YAPEIM sebagai penaja utama program. Beliau turut menyokong usaha YAPEIM dalam menyebar luas manfaat kepada institusi pendidikan khususnya di Daerah Maran.

Mari komited berinfak dan peroleh pahala setiap bulan secara berterusan melalui pautan berikut :
https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=PPYN007

Loading