YaPEIM santuni golongan yang memerlukan di Keningau, Sabah

YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah menyampaikan sumbangan Inspirasi Prihatin YaPEIM kepada 11 orang pesakit kronik dan warga emas di Keningau, Sabah baru-baru ini.

Penerima sumbangan Inspirasi Prihatin YaPEIM ini hanya mengharapkan ehsan dan bantuan dari anak-anak yang bekerja. Semoga dengan sedikit bantuan daripada YaPEIM ini dapat membantu meringankan beban mereka. Sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk tunai bernilai RM500 kepada setiap penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Sumbangan telah disampaikan oleh En. Mohd Shahrudin bin Karim, Pengurus Negeri YaPEIM Sabah. Turut hadir En. Fred Toyong , Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana melalui sumbangan yang diterima dapatlah YaPEIM melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat termasuk program ini.

________________________________________________________________________________________________________________

Sumbangan kepada Tabung Amanah YaPEIM boleh dibuat melalui:-

Maybank Islamic: 5640 1610 3182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

Anda juga boleh berinfak menerusi pautan berikut :

https://qaseh.yapeim.my/senarai-kempen

Sumbangan bulanan melalui Direct Debit serendah RM10 :

https://infaqpay.my/go/yapeim