YAPEIM sertai MIHAS 2024 di MITEC

17 September 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) tidak ketinggalan dalam membuka reruai pempamer sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pagi tadi.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Khairul Faiz bin Morat @ Abd Morat dan Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed.

YAPEIM menerusi Ar Rahnu YAPEIM, YAPEIM Gold, YAPEIM Holdings, Divisyen Sumber Dana dan Divisyen Pembangunan Usahawan terlibat secara langsung dalam urusan reruai pempamer YAPEIM bermula hari ini sehingga Jumaat.

Pelbagai jualan serta perkhidmatan seperti jualan barangan emas, khidmat cucian barangan emas percuma, sumbangan kepada YAPEIM dan banyak lagi ditawarkan kepada pengunjung.

MIHAS yang kali ini memasuki edisi ke-20 penganjuran, turut menghimpunkan pengamal industri halal dari dalam dan luar negara.

Loading