YAPEIM sertai Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024 di PICC

16 September 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) turut menyertai Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi ini.

Pameran Al-Falah sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024 turut diadakan dengan disertai oleh agensi agama persekutuan di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

YAPEIM turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pameran tersebut termasuk penyertaan Ar-Rahnu YAPEIM dan YAPEIM Gold.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis sambutan. Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan barisan jemaah menteri kabinet.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dr Zulkifli bin Hasan juga meluangkan masa melawat pameran Al-Falah.

Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed turut hadir pada majlis sambutan berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Haji Yassin dan juga enam orang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW, iaitu:

1. Datin Aminah Zakaria

2. Dato’ Ab. Jamal Tun Sakaran

3. Datin Paduka Prof. Dr. Khatijah Yusoff

4. Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain

5. Puan Sariah Ibrahim

6. Tuan Micheal Tong Wai Siong (Uncle Mike).

Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW menyemarakkan lagi kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kita mencari keredaan Allah SWT.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Loading