YaPEIM sumbang bot, beri manfaat kepada masyarakat Orang Asli

5 Ogos 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyumbang bot bernilai RM20,000 bagi kegunaan masyarakat Orang Asli di Kampung Pulau Tujuh, Gerik, Perak, sempena Program Konvoi Sejiwa Madani 2024.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula 3 hingga 5 Ogos itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed.

Majlis perasmian telah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM Dr Haji Ruslan bin Haji Said yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

Program dengan kerjasama agensi-agensi di bawah YB Menteri Agama serta Majlis Agama Islam Perak itu bertempat di tiga Rancangan Penempatan Semula Masyarakat Orang Asli iaitu di Pos Kemar, Pos Banun dan Pulau Tujuh.

Pelbagai bantuan dan program telah disusun dalam melaksanakan program-program bagi menyantuni masyarakat Orang Asli di sana.

Turut hadir Pengarah Kanan Dakwah, JAKIM Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Ketua Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan Timbalan Ketua Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop.