YaPEIM teroka kerjasama strategik bersama The Weststar Group

15 Julai 2024 – Delegasi YaPEIM mengadakan kunjung hormat ke atas Pengarah Urusan Kumpulan, The Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim petang ini di Kuala Lumpur.

Kunjungan ini adalah bagi meneroka ruang kerjasama strategik antara YaPEIM dan The Weststar Group dalam melaksana aktiviti dan program bersifat kemasyarakatan.

Delegasi YaPEIM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed. Turut serta Ketua Divisyen Sumber Dana Puan Parihah binti Hasan; Ketua Seksyen Sumber Dana Korporat YM Tengku Idzmul Aziim bin Tengku Alang dan Ketua Seksyen Sumber Dana Runcit Encik Mohd Idham bin Mohamed Yunus.

Semoga hasrat kerjasama antara YaPEIM dan The Weststar Group ini dapat direalisasikan pada masa terdekat.