YAPEIM umum pelantikan Ahli LPA YAPEIM bagi sesi 2024/26

9 Oktober 2024 – Sepuluh ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bagi sesi 2024/26 menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan tersebut disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

Majlis diadakan di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan semua warga kerja YAPEIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sepuluh Ahli LPA YAPEIM bagi sesi 2024/26 yang baharu dilantik.

Lapan daripada mereka berupa lantikan semula termasuk Pengerusi LPA YAPEIM Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus.

Semoga pelantikan Ahli LPA YAPEIM bagi sesi 2024/26 ini dapat memberi sumbangan dalam meletakkan Yayasan ini di peringkat yang lebih tinggi.

Ahli LPA YAPEIM yang dilantik bagi sesi 2024/26:-

YBhg. Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus (Pengerusi)
YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
YBhg. Dato’ Kamel bin Mohamad
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Saadiah binti Mohamad
YBrs. Dr. ‘Aida binti Othman
YBrs. Dr Zaiyadi bin Haji Awang Noh
YBrs. Tuan Haji Ir. Shatiri bin Mansor
YBrs. Tuan Haji Abdul Khudus bin Mohd Naaim
YBrs. Puan Hajah Rohani binti Datuk Haji Mohd Shahir
YBrs. Tuan Khairul Faiz bin Morat @ Abd Morat

Loading