YBM HEA lancar perhimpunan dan sambutan bulan kebangsaan peringkat agensi

9 Ogos 2024 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar hari ini melancar Perhimpunan dan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat agensi di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli bin Hasan, Timbalan Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Awang@Musran Tawil, Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim dan ketua-ketua agensi Hal Ehwal Agama.

YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im kemudian turut menyempurnakan majlis pra-pelancaran Jubli Emas Halal Malaysia&Global Halal Summit dan menerima sumbangan tajaan daripada YaPEIM berupa syiling emas Edisi Halal JAKIM yang disampaikan Tuan Haji Awang.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi serahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua agensi Hal Ehwal Agama oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im sebagai simbolik sambutan Bulan Kebangsaan.

Terdahulu, dalam ucapannya YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im turut mengingatkan seluruh warga kerja agensi di bawahnya untuk terus bekerja bersungguh-sungguh dan menjalankan amanah dengan sebaiknya supaya institusi Islam di negara ini terus dimartabat.